Friday 30 December 2011

Bodohnya aku ini.


Bodohnya aku ini,
Mengambil janji yang aku sendiri tak mampu tunaikan,
Ditambah diri yang sememangnya sentiasa lupa dan lemah.
Melihat orang lain bergelak tawa menikmati kehidupan,
Aku pula tersepit di antara dua,
Hati tertarik-tarik dengan ajakan, panggilan kemeriahan dan keseronokan,
Kaki ku kaku, fikiran ku pening..
Bodohnya aku masih di sini, melihat saja mereka berseronok di sana.
Jika bukan kerana keredhaan-Nya yang aku mahukan,
Pasti aku bukan berada di sini,
Jika bukan kerana aku sedar betapa menyelamatkan jiwaku dan jiwa mereka itu lebih aula dari segalanya,
Pasti aku berada bersama mereka.
Mereka kata aku bodoh kerana tidak menikmatinya.Mungkin! Di dunia ini…,

Tapi aku yakin aku bukan yang bodoh lagi di akhirat nanti.

P/s: Semoga Dia yang tidak pernah lupakan kita walaupun kita melupakan-Nya memberi kita kekuatan dalam apa jua mujahadah yang kita hadapi.Amin, Ya Rabb!

Friday 4 November 2011

Hari Raya Haji AidilAdha dah nak dekat

Kalau di sebelah Penang sambutan tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri tapi yang pastinya saat pagi raya dipenuhi dengan suasana sibuk korbankan lembu berekor2. Selain daripada tu xdak apa sgtlah.

Lagi? Raya nie dikaitkan jugak dgn org-org yg pergi menunaikan Haji di Mekah. Ia ibarat satu kemenangan bg mereka yang telah menjalankan salah satu dalam rukun Islam.

Apa pulak kaitan raya haji ni dengan kite2 yang x pi haji pon..korban pon x mampu buat lagik..Huhu..confius2…Setiap peristiwa di dalam sirah itu pasti ada hikmahnya. iA bagi saya ia sebuah hari yang istimewa untuk mengingati kisah pengorbanan (tadhiyah) yang LUAR BIASA oleh seorang anak, Nabi Ismail dan seorang bapa, Nabi Ibrahim untuk memBUKTIkan KEIMANAN mereka kepada Sang Pencipta.

 

Its to reflect on us, apa sacrifices yg unik or special yang kita dah buat untuk Allah dalam hidup kita to prove our iman to Him? Xpayah le pegi jauh..just think stuff around us. Kta dah try blom korbankan waktu tidur untuk bersama dengan-Nya? How bout some money for jalan Allah? Time perhaps utk cerita tentang Islam pada geng kawan2, jiran, anak buah?Bagi anak2 muda seperti saya, sudahkah kta korbankan secara luar biasa tenaga, idea dan semangat kita?

InsyaAllah sama2 kta bermuhasabah and start bertadhiyah LUAR BIASA dengan apa yg kta ada. Allah swt sangat suka pada yang ganjil. Marilah kte buat sesuatu yang ganjil (tadhiyah luar biasa) supaya Allah suka jugak pada kita



Allah itu ganjil dan Allah sukakan yang ganjil (Hadith Riwayat Al-Bukhari)


Bersempena Hari Raya Haji AidilAdha ini, there’s a few things yang kte boleh buat bg yang tak pi Haji dr 1 hingga 9 Zulhijjah. I know its kinda late since harini pon dah 8 Zulhijjah, but its better than never to share!

1. Memelihara solat berjamaah dalam waktunya terutama berkesempatan dengan takbiratul ihram di samping memelihara solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (12 rakaat).

2. Memelihara solat-solat sunat harian terutama dhuha, witir dan sekurang-kurangnya 2 rakaat qiamullail.

3. Berusaha bersungguh-sungguh mengkhatamkan al-Quran pada hari-hari baik ini (3 juzuk sehari).

4. Berpuasa pada hari Arafah kerana fadilatnya yang besar.

5. Berusaha berpuasa sebanyak mungkin daripada 9 hari dari bulan Zulhijjah. Siapa berpuasa kesemua hari tersebut maka pahalanya di sisi Allah.

6. Melazimi zikir-zikir pagi dan petang, zikir-zikir berdasar situasi/keadaan, zikir mutlak di antara istighfar, tahmid, takbir, tasbih, tahlil dan selawat ke atas Nabi saw (1000 kali).

7. Berusaha menghadirkan hatinya bersama syiar ibadat haji, cuba menghayati perasaan para jemaah haji dalam pelbagai ibadat mereka seolah-olah kita bersama mereka di sana.

8. Memelihara wirid doa seperti yang terdapat di akhir Risalah al-Ma’thurat, berdoa untuk kebaikan dakwah serta qiadah tempatan dan alami.

9. Berusaha menggesa isteri dan anak-anaknya menyambut hari-hari yang baik ini, saling membantu ke arah kebaikan dan ketaatan.

10. Berusaha menyebarkan panduan-panduan ini di tempat kerja masing-masing; menggesa sahabat-sahabatnya untuk memanfaatkan peluang-peluang tersebut. Juga menguar-uarkannya kepada jiran tetangga dan masyarakat.

Sunday 5 June 2011

Hero Palestine


Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakhbar.

Banyak usaha yang telah dilakukan untuk menunjukkan sokongan padu kepada rakyat Palestin atas kekejaman yang dilakukan oleh Zionist. Daripada lagu, donation, Palestine awareness,petition, konvoi, demonstrasi dan berbagai-bagai lagi bentuk usaha yg boleh difikirkan. Namun kali ini, Pana Film, sebuah syarikat perfileman yang diasaskan oleh Necati Sasmaz yang juga merupakan pelakon utama di dalam filem ini telah membawa kita lebih jauh lagi dengan berjaya menghasilkan sebuah 'Action Movie': Valley of the Wolves: Palestine.

Ia menceritakan tentang tiga agen khas Turki yang dihantar untuk membalas dendam atas pembunuhan terhadap 9orang rakyat Turki di atas kapal Mavi Marmara yang hendak menghantar bekalan makanan dan ubat secara aman ke tanah Palestin. Seorang wanita Amerika berbangsa Jews juga terperangkap bersama mereka ketika mereka cuba untuk melarikan diri daripada serangan tentera-tentera Israel. Kehadiran wanita itu seperti berfungsi untuk menyoal segala hak-hak kemanusiaan yang disangka diamalkan di setiap negara tetapi ia tidak berlaku langsung di Palestin. Cerita ini berakhir dengan berjaya membunuh Komander berhati zalim yang telah melancarkan serangan ke atas kapal Flotilla Aid Gaza.

Ada yang merasakan filem ini telah mengeksploitasikan isu Israel dan Palestin untuk mengaut keuntungan semata-mata. Lantas dituduh tidak sensitif kepada perasaan rakyat Palestin dan menambahkan lagi kontroversi. Saya tidak merasakan begitu dan mengambilnya dari sudut positif. Sekali pun itulah niat mereka, saya memilih untuk bersangka baik atas usaha mereka kerana saya tidak menjumpai lagi kenyataan dari mereka yang berkata atau mempunyai unsur-unsur begitu. Yang ada hanyalah pendapat-pendapat luar yang tidak pasti kebenarannya. Penulis skripnya, Bahadir Ozdener berkata sebagai seorang penulis dia ingin menyampaikan kepada Zionist supaya tidak membunuh orang yang tidak bersalah.

Kita tahu generasi alaf baru ini memang suka menonton filem dan selalunya dihidangkan dengan bermacam-macam cerita Hollywood yang lebih mengarut dan melekakan ramai orang.

Saya memetik salah satu komen daripada BBC News oleh seorang pengkritik filem,

"They are cartoon characters, they perform feats that the Turkish state can't," says Ugur Vardan, a film critic for the newspaper Radikal.

Ayah saya selalu menyindir bila kami menonton action movie seperti The Terminator, Bourne Identity atau X-Men,"Hampa kena tipu bulat-bulat, mana ada orang kena tembak banyak kali dengan machine gun tapi tak pernah kena!". Hehe, apa yang ingin saya ketengahkan adalah tidak ada bezanya dengan filem-filem yang dikeluarkan oleh Hollywood. Malah ada sesetengahnya lebih tidak masuk akal, seperti Cyclops yang boleh menembak dengan kuasa matanya, Terminator yang terjatuh, ditembak macam mana pun susah nak mati sebab buat daripada besi. Bukan kah mereka jugak cartoon characters?? Saya melihat Valleys of the Wolves juga adalah seperti action2 movie yang lain hanya ia mengetengahkan isu Palestin yang memang wujud di alam realiti kita. Jadi, filem ini sebenarnya lebih realistik dibandingkan sesetengah filem lain.

Realitinya, inilah antara cara propaganda musuh-musuh Islam untuk menjajah minda kita. Media memang memainkan peranan yang besar dalam membentuk cara kita berfikir. Mereka menyajikan filem-filem yang menunjukkan mereka adalah orang yang lebih hebat, pandai, susah untuk dikalahkan dan mempunyai semua kekayaan dan kelengkapan ketenteraan. Walaupun ia hanyalah cerita tetapi kita kerap kali mendapat gambaran seperti itu sehinggakan ia tertanam secara tidak sedar di dalam minda kita. Lantas kita menjadi individu yang lemah dan tidak yakin untuk melawan musuh. Inilah dinamakan Ghazwul Fikr.

Pastinya, mereka gerun apabila filem seperti Valley of the Wolves ini ditayangkan pada masyarakat umum. Tiga agen Turki yang dilatih khas berjaya membunuh Komander yang bertanggungjawab ke atas serangan Mari Marmara, Flotilla Aid Gaza. Saya pasti ia akan menyemarakkan semangat ramai pemuda-pemudi di luar sana.

Sekali pun tidak ada negara lagi yang mampu melawan Israel, saya merasakan filem ini telah membuka minda kepada mereka-mereka di luar sana yang kita mampu untuk melawan mereka yang telah melanggar hak kemanusiaan secara terang-terangan. Secara psikologinya, ia telah meningkatkan keyakinan yang kita boleh mengalahkan kekejaman Zionist apabila cerita ini diakhiri dengan kemenangan di pihak Palestin. Kan selalu ape-ape jadik pon, HERO mesti menang jugak!! :) InsyaAllah kita yakin yang Allah telah menjanjikan kemenangan untuk umat Islam, hence mesti tertanam dalam diri setiap orang yang beriman yang kita adalah HERO.

“Katakanlah kepada orang-orang kafir, ‘Kamu pasti akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan digiring ke dalam neraka jahanam. Dan itulah tempat seburuk-buruknya. Sesungguhnya ada tanda bagi kami pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) kaum muslim dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.” (QS Ali ‘Imran: 12-13)

Secara konklusinya, filem ini telah menyedarkan saya yang kita memerlukan HERO-HERO seperti yang ditonjolkan untuk melawan musuh-musuh Islam. Jika di dalam filem sehebat ini, saya yakin HERO Islam yang sebenar adalah lebih hebat dari ini kerana ia benar-benar menjalankan tanggungjawab menegakkan Islam dan setimpal dengan ganjaran mereka yang dijanjikan syurga penuh dengan kenikmatan dan bidadari di akhirat nanti. Yes, dan ia juga adalah hakikat realiti dan bukan action movie semata-mata..Wahai pemuda Islam, sahutlah cabaran ini!

Link kepada cerita:

Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu, Mama...

Semalam baru je call Mama.
"Tadi Along belanja makan sempena Mother's Day.."kata Mama dengan nada ceria.

"Wah, makan apa?"
"x mau la bagitau, nanti Su teringin.." kata Mama. "malam nie Abang Lang pulak nk belanja...",dengan gembiranya Mama bercerita...


Terdiam saya seketika, berada di UK yang tarikh hari Ibunya lain dari Malaysia iaitu 3rd of April telah menyebabkan saya hampir terlupa untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya. Ditambah dengan kesibukan dissertation yg semakin menghampiri datelinenya..

Rasa cemburu sebenarnya kerana abang-abang mendapat peluang untuk menggembirakan hati ibu, saya yang berada di perantauan hanya paling mampu untuk menelefon...

Penting sangat ke wish Happy Mother's Day??? Mungkin bagi sesetengah orang ini hanyalah perkara remeh. Tapi bagi saya, ia sangat dituntut dalam ajaran Islam:

[Al-Isra':23-24]
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkan kepada keduanya perkataan yang baik.


Dan rendahkan dirimu terhadap keduanya dengna penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagai mana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil".




Nah, jelas skali ayat ini menerangkan antara garis panduan dalam Islam dalam melayani ibu bapa. Sudah pasti mengucapkan Selamat Hari Ibu juga menyumbang dalam mengucapkan perkataan baik kepada mereka kerana setiap ibu pasti berasa terharu dan teruja dengan ucapan seperti ini daripada anak-anaknya yang telah dibesarkan dengan susah-payah.

"Ala, buat baik sudahla..xyahla wish2 nie..seganla"...

Tidak dinafikan, perbuatan itu juga penting. buat apa, kalau mampu wish sahaja pada Hari Ibu tapi pada hari-hari lain bersikap kasar dengan ibu bapa. Namun, harus difahami 'verbal appreciation' juga kadang-kala diperlukan. Jauh di sudut hati seorang ibu, pasti menantikan anaknya melafazkan ucapan terima kasih. Malah, dengan kata-kata ini sudah mampu melupakan segala pengorbanan yang terpaksa ditempuhi untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan yang berguna.


Harapnya ibu saya tidak terasa atas sedikit keterlewatan mengucapkan terima kasih atas pengorbanannya selama ini. Selamat hari Ibu, Mama...walaupun tak mampu belanja makan besar macam Along dan Abg Lang, insyaAllah Su hadiahkan segulung ijazah MPharm pada 14th July nanti :) Aminnn!