Sunday 5 June 2011

Hero Palestine


Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakhbar.

Banyak usaha yang telah dilakukan untuk menunjukkan sokongan padu kepada rakyat Palestin atas kekejaman yang dilakukan oleh Zionist. Daripada lagu, donation, Palestine awareness,petition, konvoi, demonstrasi dan berbagai-bagai lagi bentuk usaha yg boleh difikirkan. Namun kali ini, Pana Film, sebuah syarikat perfileman yang diasaskan oleh Necati Sasmaz yang juga merupakan pelakon utama di dalam filem ini telah membawa kita lebih jauh lagi dengan berjaya menghasilkan sebuah 'Action Movie': Valley of the Wolves: Palestine.

Ia menceritakan tentang tiga agen khas Turki yang dihantar untuk membalas dendam atas pembunuhan terhadap 9orang rakyat Turki di atas kapal Mavi Marmara yang hendak menghantar bekalan makanan dan ubat secara aman ke tanah Palestin. Seorang wanita Amerika berbangsa Jews juga terperangkap bersama mereka ketika mereka cuba untuk melarikan diri daripada serangan tentera-tentera Israel. Kehadiran wanita itu seperti berfungsi untuk menyoal segala hak-hak kemanusiaan yang disangka diamalkan di setiap negara tetapi ia tidak berlaku langsung di Palestin. Cerita ini berakhir dengan berjaya membunuh Komander berhati zalim yang telah melancarkan serangan ke atas kapal Flotilla Aid Gaza.

Ada yang merasakan filem ini telah mengeksploitasikan isu Israel dan Palestin untuk mengaut keuntungan semata-mata. Lantas dituduh tidak sensitif kepada perasaan rakyat Palestin dan menambahkan lagi kontroversi. Saya tidak merasakan begitu dan mengambilnya dari sudut positif. Sekali pun itulah niat mereka, saya memilih untuk bersangka baik atas usaha mereka kerana saya tidak menjumpai lagi kenyataan dari mereka yang berkata atau mempunyai unsur-unsur begitu. Yang ada hanyalah pendapat-pendapat luar yang tidak pasti kebenarannya. Penulis skripnya, Bahadir Ozdener berkata sebagai seorang penulis dia ingin menyampaikan kepada Zionist supaya tidak membunuh orang yang tidak bersalah.

Kita tahu generasi alaf baru ini memang suka menonton filem dan selalunya dihidangkan dengan bermacam-macam cerita Hollywood yang lebih mengarut dan melekakan ramai orang.

Saya memetik salah satu komen daripada BBC News oleh seorang pengkritik filem,

"They are cartoon characters, they perform feats that the Turkish state can't," says Ugur Vardan, a film critic for the newspaper Radikal.

Ayah saya selalu menyindir bila kami menonton action movie seperti The Terminator, Bourne Identity atau X-Men,"Hampa kena tipu bulat-bulat, mana ada orang kena tembak banyak kali dengan machine gun tapi tak pernah kena!". Hehe, apa yang ingin saya ketengahkan adalah tidak ada bezanya dengan filem-filem yang dikeluarkan oleh Hollywood. Malah ada sesetengahnya lebih tidak masuk akal, seperti Cyclops yang boleh menembak dengan kuasa matanya, Terminator yang terjatuh, ditembak macam mana pun susah nak mati sebab buat daripada besi. Bukan kah mereka jugak cartoon characters?? Saya melihat Valleys of the Wolves juga adalah seperti action2 movie yang lain hanya ia mengetengahkan isu Palestin yang memang wujud di alam realiti kita. Jadi, filem ini sebenarnya lebih realistik dibandingkan sesetengah filem lain.

Realitinya, inilah antara cara propaganda musuh-musuh Islam untuk menjajah minda kita. Media memang memainkan peranan yang besar dalam membentuk cara kita berfikir. Mereka menyajikan filem-filem yang menunjukkan mereka adalah orang yang lebih hebat, pandai, susah untuk dikalahkan dan mempunyai semua kekayaan dan kelengkapan ketenteraan. Walaupun ia hanyalah cerita tetapi kita kerap kali mendapat gambaran seperti itu sehinggakan ia tertanam secara tidak sedar di dalam minda kita. Lantas kita menjadi individu yang lemah dan tidak yakin untuk melawan musuh. Inilah dinamakan Ghazwul Fikr.

Pastinya, mereka gerun apabila filem seperti Valley of the Wolves ini ditayangkan pada masyarakat umum. Tiga agen Turki yang dilatih khas berjaya membunuh Komander yang bertanggungjawab ke atas serangan Mari Marmara, Flotilla Aid Gaza. Saya pasti ia akan menyemarakkan semangat ramai pemuda-pemudi di luar sana.

Sekali pun tidak ada negara lagi yang mampu melawan Israel, saya merasakan filem ini telah membuka minda kepada mereka-mereka di luar sana yang kita mampu untuk melawan mereka yang telah melanggar hak kemanusiaan secara terang-terangan. Secara psikologinya, ia telah meningkatkan keyakinan yang kita boleh mengalahkan kekejaman Zionist apabila cerita ini diakhiri dengan kemenangan di pihak Palestin. Kan selalu ape-ape jadik pon, HERO mesti menang jugak!! :) InsyaAllah kita yakin yang Allah telah menjanjikan kemenangan untuk umat Islam, hence mesti tertanam dalam diri setiap orang yang beriman yang kita adalah HERO.

“Katakanlah kepada orang-orang kafir, ‘Kamu pasti akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan digiring ke dalam neraka jahanam. Dan itulah tempat seburuk-buruknya. Sesungguhnya ada tanda bagi kami pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) kaum muslim dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.” (QS Ali ‘Imran: 12-13)

Secara konklusinya, filem ini telah menyedarkan saya yang kita memerlukan HERO-HERO seperti yang ditonjolkan untuk melawan musuh-musuh Islam. Jika di dalam filem sehebat ini, saya yakin HERO Islam yang sebenar adalah lebih hebat dari ini kerana ia benar-benar menjalankan tanggungjawab menegakkan Islam dan setimpal dengan ganjaran mereka yang dijanjikan syurga penuh dengan kenikmatan dan bidadari di akhirat nanti. Yes, dan ia juga adalah hakikat realiti dan bukan action movie semata-mata..Wahai pemuda Islam, sahutlah cabaran ini!

Link kepada cerita: