Friday 30 December 2011

Bodohnya aku ini.


Bodohnya aku ini,
Mengambil janji yang aku sendiri tak mampu tunaikan,
Ditambah diri yang sememangnya sentiasa lupa dan lemah.
Melihat orang lain bergelak tawa menikmati kehidupan,
Aku pula tersepit di antara dua,
Hati tertarik-tarik dengan ajakan, panggilan kemeriahan dan keseronokan,
Kaki ku kaku, fikiran ku pening..
Bodohnya aku masih di sini, melihat saja mereka berseronok di sana.
Jika bukan kerana keredhaan-Nya yang aku mahukan,
Pasti aku bukan berada di sini,
Jika bukan kerana aku sedar betapa menyelamatkan jiwaku dan jiwa mereka itu lebih aula dari segalanya,
Pasti aku berada bersama mereka.
Mereka kata aku bodoh kerana tidak menikmatinya.Mungkin! Di dunia ini…,

Tapi aku yakin aku bukan yang bodoh lagi di akhirat nanti.

P/s: Semoga Dia yang tidak pernah lupakan kita walaupun kita melupakan-Nya memberi kita kekuatan dalam apa jua mujahadah yang kita hadapi.Amin, Ya Rabb!