Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu, Mama...

Semalam baru je call Mama.
"Tadi Along belanja makan sempena Mother's Day.."kata Mama dengan nada ceria.

"Wah, makan apa?"
"x mau la bagitau, nanti Su teringin.." kata Mama. "malam nie Abang Lang pulak nk belanja...",dengan gembiranya Mama bercerita...


Terdiam saya seketika, berada di UK yang tarikh hari Ibunya lain dari Malaysia iaitu 3rd of April telah menyebabkan saya hampir terlupa untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya. Ditambah dengan kesibukan dissertation yg semakin menghampiri datelinenya..

Rasa cemburu sebenarnya kerana abang-abang mendapat peluang untuk menggembirakan hati ibu, saya yang berada di perantauan hanya paling mampu untuk menelefon...

Penting sangat ke wish Happy Mother's Day??? Mungkin bagi sesetengah orang ini hanyalah perkara remeh. Tapi bagi saya, ia sangat dituntut dalam ajaran Islam:

[Al-Isra':23-24]
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkan kepada keduanya perkataan yang baik.


Dan rendahkan dirimu terhadap keduanya dengna penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagai mana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil".




Nah, jelas skali ayat ini menerangkan antara garis panduan dalam Islam dalam melayani ibu bapa. Sudah pasti mengucapkan Selamat Hari Ibu juga menyumbang dalam mengucapkan perkataan baik kepada mereka kerana setiap ibu pasti berasa terharu dan teruja dengan ucapan seperti ini daripada anak-anaknya yang telah dibesarkan dengan susah-payah.

"Ala, buat baik sudahla..xyahla wish2 nie..seganla"...

Tidak dinafikan, perbuatan itu juga penting. buat apa, kalau mampu wish sahaja pada Hari Ibu tapi pada hari-hari lain bersikap kasar dengan ibu bapa. Namun, harus difahami 'verbal appreciation' juga kadang-kala diperlukan. Jauh di sudut hati seorang ibu, pasti menantikan anaknya melafazkan ucapan terima kasih. Malah, dengan kata-kata ini sudah mampu melupakan segala pengorbanan yang terpaksa ditempuhi untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan yang berguna.


Harapnya ibu saya tidak terasa atas sedikit keterlewatan mengucapkan terima kasih atas pengorbanannya selama ini. Selamat hari Ibu, Mama...walaupun tak mampu belanja makan besar macam Along dan Abg Lang, insyaAllah Su hadiahkan segulung ijazah MPharm pada 14th July nanti :) Aminnn!

1 comment:

  1. ngeee~dengan ini saye merasmikan pembukaan blog kitareuk =P keep writing my fwen!

    ReplyDelete